Bahan Bahasa Melayu untuk Peringkat Tadika

Alhamdulillah, sekarang sudah hampir satu setengah tahun saya mengajar Bahasa Melayu dalam talian. Sumber dorongan adalah kedua anak saya sendiri dan kesedaran dari pengalaman bersama abang-abang dan kakak mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu. 

Covid-19 pula memberi peluang untuk belajar bagaimana mengajar kelas dalam talian. Memang boleh saya ajar anak-anak saya sahaja, tetapi belajar bahasa lebih praktik jika dilakukan bersama rakan-rakan. Mereka dapat berbual dan berinteraksi dalam bahasa. Ini menghidupkan lagi suasana. 

    Kelas masih diajar dalam talian sahaja kerana murid-murid tinggal di kejiranan yang berbeza. 

    Saya hanya mengajar kelas di tahap kemahiran anak-anak saya. Oleh itu saya mulakan di tahap tadika untuk si bungsu yang waktu itu berada di darjah satu dan di darjah dua untuk anak ketiga yang sebenarnya di darjah empat. 

    Setelah setahun, saya kini ada bahan-bahan untuk diajar di peringkat tadika dan darjah dua yang boleh digunakan untuk pembelajaran setahun atau lebih jika anda menokok-tambah pada tema-tema yang ada. Di bawah adalah contoh untuk tema "Haiwan". 



    
    

    Buku kerja 15 mukasurat dan panduan mengajar pertama bertemakan 'Haiwan' kini sudah siap untuk dibeli pada yang minat. Terdapat 8 panduan mengajar dalam set yang  berharga $20 ini. Ia juga termasuk bahan dalam talian yang saya buat sendiri. Produk ini juga boleh dibeli di akaun TpT saya

    Kesemuanya di Peringkat Tadika terdapat 13 Tema. Jika anda berminat untuk membeli set "Haiwan" atau tema-tema lain, anda boleh menghubungi saya di ta_dib@hotmail.com. Ia juga sesuai untuk murid yang kurang fasih berbahasa Melayu yang berada di peringkat lebih tinggi hingga ke darjah tiga atau mereka yang tinggal di luar negara dan tidak ada peluang menghadiri kelas Bahasa Melayu. 

Tema-tema Pelajaran Peringkat Tadika

1. Diri Saya

2. Anggota Badan

3. Hobi

4. Ahli Keluarga Terdekat

5. Ahli Keluarga Besar

6. Di Rumah

7. Haiwan

8. Pepohon

9. Cuaca

10. Musim

11. Hari-hari Dalam Seminggu

12. Nama-nama Bulan

13. Nombor

Comments

Popular Posts